- Lain-lain
China Hulurkan Bantuan Makanan kepada Afrika
Majlis penyerahan bantuan makanan kecemasan oleh China kepada Sierra Leone telah diadakan secara dalam dan luar talian pada 9 Mac.
Timbalan Ketua Pengarah Agensi Kerjasama dan Pembangunan Antarabangsa China, Tang Wenhong berkata bahawa keselamatan makanan bukan sahaja topik penting dalam tadbir urus negara, malah juga keprihatinan utama Agenda Pembangunan Mampan 2030 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Setakat ini, semua bantuan makanan kecemasan ke Afrika yang dijanjikan oleh kerajaan China sudah dihantar, dan sudah tiba di Guinea-Bissau, Sierra Leone dan beberapa negara Afrika yang lain," kata Tang.
Beliau menyatakan bahawa China akan terus membantu Afrika membina sistem perindustrian pertanian moden, melalui langkah-langkah membina infrastruktur pertanian, mempromosikan tanaman yang sesuai di Afrika, menghantar pakar pertanian, dan meningkatkan latihan kepada rakyat tempatan.
- Rawatan Kebajikan Anjuran Skuad Perubatan China di Togo
- PBB Seru Hulurkan Dana Bantu Turkiye
- Pasukan SAR China Selesai Misi di Turkiye
- Barang Bantuan Kerajaan China Tiba di Syria
- Pasukan Penyelamat China Teruskan Operasi SAR di Turkiye
- Diari Penyelamat di Turki: SAR Rentas Sempadan yang Profesional, Jaya
- China Komited Bantu Rakyat Turkiye dan Syria Harungi Detik Sukar
- Barangan Bantuan dari China Tiba di Istanbul
- Lagi Barang Bantuan China Dihantar ke Syria
- Barangan Bantuan Kerajaan China untuk Turkiye Diangkut dari Shanghai