99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Komited Beri Sumbangan Untuk Pembangunan Negara, Keamanan Dunia

(CRI)Selasa 14 Mac 2023
Xi Komited Beri Sumbangan Untuk Pembangunan Negara, Keamanan Dunia

Sidang pertama Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14, iaitu badan perundangan kebangsaan tertinggi China akhirnya melabuhkan tirainya pada Isnin.

Xi Jinping yang mengekalkan kedudukan sebagai Presiden China bagi penggal ketiga secara berturut-turut membuat ucapan dalam sidang tersebut.

Beliau terlebih dahulu menyatakan komitmen untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan oleh Perlembagaan dalam melaksanakan tugasnya secara bersungguh-sungguh bagi memenuhi hasrat semua anggota NPC dan rakyat China dari semua etnik.

Sejak menceburi bidang politik, Xi pernah menyandang jawatan sebagai Setiausaha Jawatankuasa Parti Komunis China (PKC) peringkat kaunti, bandar dan provinsi, serta akhirnya menjadi pemimpin tertinggi negara.

Sedari awal pemerintahannya, beliau secara konsisten menegakkan konsep pentadbiran, ‘berasal dari rakyat, berkhidmat untuk rakyat dan bergantung kepada rakyat’.

Kongres Kebangsaan ke-20 PKC menggariskan sasaran yang membina China sebagai negara sosialis moden secara komprehensif yang kuat pada pertengahan abad ini.

Oleh itu, Xi mengibaratkan usaha membangunkan negara dan pewujudan kebangkitan nusa dan bangsa sebagai acara perlumbaan berganti-ganti dan komited akan memimpin rakyat untuk memberi sumbangan sehabis baik kepada usaha tersebut.

Dalam ucapannya lagi, beliau turut membentangkan sekali lagi konsepnya berhubung mendorong pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan.

Xi menambah bahawa pembangunan China juga akan kondusif bagi pembangunan negara lain.

“China akan mengekalkan keterbukaan berkualiti tinggi, memanfaatkan pasaran dan sumber global untuk pembangunan bersama China serta dunia."

“China menjunjung tinggi kedamaian, pembangunan, kerjasama dan sama menang, serta komited mengamalkan multilateralisme jitu serta menyemarakkan tata nilai bersama umat manusia."

“China juga akan terlibat dalam pembaharuan dan pembinaan sistem tadbir urus global, menggalakkan perkembangan ekonomi global ke arah yang terbuka, di samping mendorong pelaksanaan Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Keselamatan Global, bagi menyuntik lebih banyak elemen stabil dan positif kepada keamanan dan pembangunan dunia,” kata beliau.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan