- Lain-lain
Xi: Perlu Pacuan Bersepadu ke Arah Gergasi Pertanian
Artikel tulisan Presiden Xi Jinping yang bertajuk 'Percepat pembinaan gergasi pertanian, pacu modenisasi industri pertanian dan kawasan desa' akan diterbitkan dalam jurnal Qiushi esok.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dalam artikel itu menyatakan matlamat mewujudkan modenisasi industri pertanian menjelang 2035 dan gergasi pertanian menjelang pertengahan abad ke-21 merupakan keputusan strategik dibuat Jawatankuasa Pusat PKC ke arah membangunkan negara sosialis moden yang kuat secara menyeluruh.
Menurut beliau, jaminan bekalan makanan dan produk pertanian perlu menjadi keutamaan bagi memartabatkan China sebagai gergasi pertanian, sementara usaha memacu pembangunan kawasan desa antara misi penting pada era baharu.
Beliau turut menegaskan peri pentingnya pacuan bersepadu bersandarkan teknologi serta pembaharuan untuk mempercepat usaha berkenaan, selain perlu mempergiat pemodenan di kawasan luar bandar.