- Lain-lain
China Optimis Capai Matlamat Peningkatan Ekonomi
Jabatan Statistik Negara China memaklumkan nilai tambahan perindustrian yang berskala tertentu meningkat 2.4%, sementara indeks pengeluaran industri perkhidmatan pula meningkat 5.5%.
Dalam pengumuman yang dibuat pada Rabu, jumlah penjualan runcit produk penggunaan sosial direkodkan pada kadar 3.5%, manakala jumlah pelaburan pula naik 5.5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu
Pada masa sama, harga penggunaan penduduk dicatatkan naik 1.5% berbanding tempoh sama 2022 yang jauh berbeza dengan situasi inflasi tinggi di arena antarabangsa.
Jurucakap jabatan itu merangkap Ketua Pengarah Jabatan Statistik Komprehensif Ekonomi Kebangsaan, Fu Linghui berkata, hasil pelaksanaan dasar menstabilkan ekonomi secara umumnya semakin menonjol seiring dengan peralihan fasa pencegahan dan kawalan wabak COVID-19.
Menurut beliau, China mempunyai suasana, asas dan keyakinan untuk merealisasikan matlamat peningkatan ekonomi tahun ini, iaitu peningkatan ekonomi mencapai sekitar 5%.
“Pada tempoh dua bulan pertama tahun ini, perdagangan luar China berjalan lancar. Lebihan perdagangan terus meningkat. Import dan eksport antara China dengan ASEAN kekal naik, manakala menurun terhadap Kesatuan Eropah (EU), Amerika Syarikat (AS) dan Jepun,” ujar Fu.
Tambah beliau berkata, China mempunyai ciri-ciri yang mampu menghadapi situasi kritikal dalam bidang perdagangan luar termasuk peningkatan perdagangan luar berdasarkan keupayaan pengeluaran dan sistem perindustrian yang lengkap.
Malah, China juga mengekalkan dasar pintu terbuka dan mendorong kerjasama ekonomi perdagangan dengan pelbagai negara, di samping perdagangan digital dijangka menjadi tumpuan peningkatan baharu perdagangan luar seiring dengan perkembangan ekonomi digital pada masa depan.
- Ekonomi China Terus Kembali Rancak
- Moody Naikkan Unjuran Ekonomi China
- Pemulihan Ekonomi China Kondusif bagi Pertumbuhan Ekonomi Korea Selatan
- “Ekonomi Cinta” Rangsang Penggunaan
- Jumlah Penumpang Catat 41 Juta pada Hari ke-37 Musim Pengangkutan TBC
- Goldman Sachs: Ekonomi China Pulih Cepat Rangsangan Pertumbuhan Ekonomi Dunia
- Sektor Korporat Britain Optimistik Ekonomi China
- Kedai Bebas Cukai Luar Pesisir di Hainan Catat Jualan Tinggi Sempena Cuti TBC
- Ekonomi China akan Tumbuh Lebih Kuat: Axel van Trotsenburg
- China Sedia Suntik Keyakinan Baharu kepada Pemulihan Ekonomi Dunia