99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Keganasan Senjata Api di AS: Penyakit yang Tidak Dapat Diubati

Keganasan Senjata Api di AS: Penyakit yang Tidak Dapat Diubati
Kartun oleh Ma Hongliang. (Foto diperoleh untuk People.cn. Penggunaan tanpa izin adalah dilarang.)

Sejak bermulanya 2023, Amerika Syarikat mencatatkan lebih seratus kes tembakan besar-besaran. Menurut statistik Gun Violence Archive, setakat 16 Mac, sebanyak 113 kejadian tembakan besar-besaran berlaku di negara itu tahun ini.

Keganasan senjata api antara masalah yang paling membimbangkan buat masyarakat AS. Berdasarkan laporan Keganasan Senjata Api di AS: Kebenaran dan Fakta (Gun Violence in the United States: Truth and Facts), AS merupakan negara dengan paling banyak senjata api milik peribadi. Populasi AS tidak sampai 5% daripada jumlah global, namun senjata api milik peribadi menduduki 46% daripada keseluruhan di dunia. Kes tembakan besar-besaran yang berturut-turut meninggalkan trauma yang susah untuk dilupakan bagi masyarakat tempatan. Meskipun sudah berkali-kali negeri-negerinya cuba untuk menggubal undang-undang sekatan senjata api, tetap tidak berkesan. Polarisasi politik yang semakin meruncing, percaturan parti politik yang tidak berkesudahan dan diskriminasi kaum yang sudah lama berakar umbi menyulitkan lagi usaha menyekat senjata api. Terperangkap dalam situasi dilema, masalah ini menjadi ‘penyakit yang tidak dapat diubati’ bagi rakyat AS.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan