- Lain-lain
Pintu Sempadan China-Vietnam di Guangxi Makin Sibuk
Awal pagi, 1,372 kotak buah naga dari Vietnam menjalani pemeriksaan di pintu sempadan Youyi, bandar Pingxiang, Guangxi. Melalui platform logistik terpilih, konsainan ini akan diedarkan ke pasar buah-buahan di Jiangxi pada keesokan harinya.
Pintu Sempadan Youyi, pintu darat terbesar di wilayah Guangxi, juga salah satu laluan darat terpantas dari China ke negara-negara ASEAN.
Lori-lori yang mengangkut buah-buahan dari Vietnam. (Foto/Xinhua)
“Proses pelepasan kastam kini jauh lebih cepat. Dalam dua bulan pertama tahun ini, saya dah mengimport lebih 180 kontena. Pada masa ini, permintaan untuk buah-buahan sangat tinggi,” kata Fan Qihua, pemilik 1,372 kotak buah naga tersebut, yang sudah 20 tahun berkecimpung dalam perdagangan import dan eksport.
“Pintu sempadan kian hari kian sibuk, kami kian hari kian bersemangat.”
Pekerja sedang memindahkan buah naga dari Vietnam. (Foto/Xinhua)
Pihak kastam memaklumkan bahawa, sempena musim import buah-buahan, langkah-langkah telah diambil seperti menyediakan saluran hijau, pelepasan kastam 24/7 secara tempahan dan ujian makmal pantas, bagi memendekkan masa pelepasan buah segar sebanyak 32%.
Pegawai imigresen memeriksa kenderaan di pintu sempadan Youyi. (Foto/Xinhua)
Lori-lori yang mengangkut durian, mangga dan manggis dari Vietnam serta yang mengangkut perkakasan elektronik dan barangan keperluan harian keluaran China berselisih di pintu sempadan Youyi.
Lori-lori yang beratur untuk masuk pintu sempadan Youyi. (Foto/Xinhua)
Difahamkan bahawa, dari Januari hingga Februari, jumlah kenderaan keluar masuk pintu sempadan Youyi mencecah 88,400 dengan purata harian meningkat kepada 1,500. Jumlah nilai import dan eksport bandar Pingxiang mencatat 22.87 bilion yuan (14.88 bilion ringgit), meningkat 83.16% tahun ke tahun.
- Pengeksport Makanan Laut Vietnam Dapat Manfaat melalui Dagangan dengan China
- ASEAN Kekal Rakan Dagang Terbesar China
- Rundingan CAFTA Versi 3.0 Bermula, Terus Teroka Potensi Perdagangan
- “Kampung Pelancongan Terbaik” UNWTO, Dua Lagi dari China
- Dagangan China, ASEAN Pamer Daya Tahan dan Potensi Besar
- Hengzhou, Guangxi: Bunga Mekar Meliputi Seluruh Bandar