- Lain-lain
Demokrasi China Dipuji Masyarakat Antarabangsa
Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) adalah sistem penting yang memastikan pewujudan demokrasi rakyat sepanjang proses, sedangkan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) merupakan saluran penting untuk menggalakkan demokrasi sosialis dan mengamalkan demokrasi rakyat sepanjang proses. Sebagai praktik hidup demokrasi sepanjang proses, NPC dan CPPCC bukan sahaja memperlihatkan reka bentuk sistem yang sempurna, tetapi juga mencerminkan amalan yang pantas dan keberkesanan yang tinggi. Dengan meliputi pelbagai rantaian, aspek dan bidang, demokrasi sepanjang proses yang terlaksana di China sebenarnya merupakan sejenis demokrasi yang paling menyeluruh dan berguna.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam, susulan soalan wartawan tentang respons sejumlah selebriti antarabangsa yang berbunyi bahawa NPC dan CPPCC menyediakan jendela penting kepada dunia luar untuk mengenali amalan demokrasi di China sekaligus membuktikan demokrasi rakyat sepanjang proses mempunyai telapak yang kukuh di kalangan rakyat.
Dimaklumkan, wakil NPC dan anggota CPPCC dari kawasan, sektor dan etnik yang berbeza berpeluang bersama-sama membincangkan hal ehwal negara yang memperlihatkan kehendak dan rintihan kebanyakan rakyat. Demokrasi seumpama itu mendapat pujian menyeluruh dari masyarakat antarabangsa.