- Lain-lain
Robot Buatan China Mampu Teroka Bulan, Marikh
Sejenis robot prob yang direka bentuk khusus untuk menjelajah di bawah tanah mencuri perhatian ramai apabila ia tampil dalam pertandingan inovasi dan kreativiti edisi ketiga anjuran China Aerospace Science and Technology Corporation (CASC) yang berlangsung di Suzhou, Jiangsu baru-baru ini.
Difahamkan, robot tersebut berkeupayaan membantu meneroka ruang bawah tanah di planet Bulan dan Marikh pada masa depan.
Sebagai robot berkaki empat pintar, ia boleh terus memperbaiki cara operasi sendiri sambil menyelesaikan tugas menerusi teknologi 'kawalan autonomi' dan 'pembelajaran pintar'.
Naib pengarah cawangan pusat kecerdasan buatan (AI) Institut Hangzhou Akademi Teknologi Angkasa China (CASTHZ), Hu Haidong memberitahu bahawa robot itu dilengkapi dengan lidar dan kamera di kepalanya, iaitu setara dengan mata manusia.
Bahagian dalamnya dipasang beberapa unit pengkomputeran persepsi, bersamaan dengan otak manusia, dan sekeping algoritma AI bagi melakukan pembelajaran mendalam terutamanya menganalisis gambar dirakam kamera untuk membimbing robot menjalankan eksplorasi.
Algoritma pengukuhan pembelajaran AI turut diaplikasikan supaya ia dapat memantapkan mod berjalan dalam proses pergerakan secara berterusan.
Dengan memanfaatkan kelebihan dari segi kepintaran, robot itu lebih mudah menyesuaikan diri dengan keadaan berbahaya seperti cerun curam serta tangga dalam persekitaran gelap dan tertutup, selain turut mempunyai perancangan navigasi automasi sepenuhnya dan keupayaan operasi yang tangkas.
- China Umum Logo Misi Penerbangan Angkasa Lepas Bermanusia
- China Anjur Pameran Pencapaian Projek Angkasa Lepas Bermanusia
- Tapak Pelancaran Wenchang, Tempat Bermulanya Impian Angkasa
- Robot Beri Pengunjung Rasa Masa Depan
- Kapal Angkasa Shenzhou-15 Dipindah ke Tapak Pelancaran
- Satelit Infrastruktur Angkasa Lepas China di Orbit Kini Lebih 300 Buah
- China Sumbangkan Peluang Baharu Terokai Angkasa Lepas
- China Temui Mineral Baharu di Bulan