- Lain-lain
Kenaikan Melampau Faedah Fed: “Domino Tumbang”
Kartun oleh Ma Hongliang. (Foto diperoleh untuk People.cn. Penggunaan tanpa izin adalah dilarang.)
Penutupan Silicon Valley Bank di Amerika Syarikat baru baru ini, mencetuskan pergolakan dalam pasaran kewangan dan kesannya telah merebak ke sistem perbankan Eropah. Satu persatu, saham Credit Suisse, Deutsche Bank dan banyak bank lain jatuh merudum.
Impak negatif dasar monetari radikal AS membawa efek "domino tumbang". Bagi membendung inflasi, Rizab Persekutuan (Fed) telah menaikkan kadar faedah secara agresif pada tahun lalu. Semenjak memasuki kitaran semasa kenaikan kadar faedah pada Mac 2022, Fed telah menaikkan kadarnya sebanyak 450 mata asas dan had atas julat sasaran untuk kadar dana persekutuan telah melonjak daripada 0.25% kepada 4.75%. Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen baru-baru ini berkata bahawa masalah utama sejak penutupan Silicon Valley Bank ialah Fed terus-menerus menaikkan kadar faedah. Ini mengakibatkan penurunan berterusan harga pasaran aset kewangan seperti bon yang dipegang oleh bank yang bukannya berpunca daripada masalah dalam industri teknologi atau kemahiran.