- Lain-lain
Faktor Pelaksanaan Kempen Pendidikan Bertema PKC
Kempen pendidikan bertemakan pembelajaran dan pelaksanaan pemikiran sosialisme bercirikan China pada era baharu Xi Jinping dilaksanakan secara serius oleh 96 juta anggota Parti Komunis China (PKC) bermula bulan ini.
Sebagai pembelajaran kolektif yang dilaksanakan dalam parti dari pelbagai aspek dalam bentuk yang berlainan, pendidikan bertema memberi manfaat dalam mengintensifkan kualiti dan kebolehan anggota parti.
Dalam cetak biru pembangunan China pada tempoh lima tahun akan datang dan jangka panjang yang telah digariskan dalam Kongres Kebangsaan ke-20 PKC pada Oktober lalu, pemikiran sosialisme bercirikan China pada era baharu dari Xi Jinping telah dicantum dalam Piagam PKC yang menjadi panduan tindakan Parti.
Pucuk pimpinan baharu yang diterajui Xi Jinping telah menyasarkan "pembangkitan nusa dan bangsa" sebagai matlamat strategik pembangunan sosioekonomi.
Kempen pendidikan kali ini dilihat sebagai langkah penting bagi mengamalkan semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC.
Xi menegaskan, kempen pendidikan terbabit bertujuan untuk menterjemahkan pemikiran ke impian dan kekuatan yang memandu amalan dan mendorong pekerjaan; mengarah anggota Parti menumpu pada rakyat, menangani masalah untuk rakyat, supaya mereka menjadi semakin relevan, bahagia dan selamat.
- Sarjana China dan Asing Bincang Pembangunan Pendidikan Tibet
- Xi Sampai Ucaptama pada Dialog PKC, Parti Politik Dunia
- Xi Bakal Hadiri Dialog PKC dengan Parti Politik Dunia
- Pemimpin Badan Utama Serahkan Laporan Kerja kepada Jawatankuasa Pusat PKC dan Setiausaha Agung
- Pupuk Kader PKC, Berbakti kepada Bangsa: Xi
- Xi Beri Kata Semangat kepada Sekolah PKC
- Sidang Pleno ke-2 Jawatankuasa Pusat PKC ke-20 Berakhir
- Gerabak Kereta Api Jadi Tempat Belajar
- Infrastruktur Pendidikan Pintar di China Baik: Buku Biru
- Beijing Anjur Persidangan Pendidikan Digital Dunia