- Lain-lain
Paksi Tengah Beijing
The Imperial Palace Beijing, yang lebih dikenali sebagai the Forbidden City atau Kota Larangan, ialah istana diraja semasa zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing.
Kompleks istana itu terletak di pusat Paksi Tengah Beijing yang panjangnya sekitar 7.8 kilometer dari utara ke selatan.
Di paksi tersebut, terdapat bangunan monumental, bangunan istiadat dan bangunan ikonik sejak abad ke-13, selain merupakan saksi kepada tamadun bangsa China.
Dalam tempoh lebih 700 tahun lalu, Paksi Tengah Beijing menyelaraskan susuan ruang bandar dan dipanggil sebagai "tulang belakang kota kuno".
Kerajaan Beijing turut mengambil pelbagai siri langkah, antaranya memperkenalkan akta dan peraturan, untuk melindungi paksi ini sebagai warisan budaya yang penting, serta memulihkan rupa asal Paksi itu.
Upacara penyampaian hadiah 2022 dan upacara pelancaran pertandingan pewarisan dan inovasi budaya Paksi Tengah Beijing telah diadakan mutakhir ini.
Aktiviti itu bertujuan untuk membangkitkan semangat penduduk tempatan untuk melindungi Paksi tersebut dan mempopularkan nilai warisan budayanya.