- Lain-lain
Produk Istimewa dari Xinjiang Tampil di CICPE
Sejak Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) edisi ketiga membuka tirainya di sini pada Isnin lalu, ia telah dikunjungi lebih 150,000 individu terdiri daripada pedagang dan pembeli profesional.
Difahamkan, pavilion Xinjiang terdiri daripada empat kawasan pameran, dan mempamerkan lebih 100 jenis produk istimewa Xinjiang.
Antaranya, produk tekstil yang dibuat daripada kapas Xinjiang, kacang, dan produk tenusu berjaya mendapat sambutan baik.
Xinjiang mempunyai musim salji yang paling panjang di China, dan kaya dengan pemandangan alam yang sungguh memukau hati.
Pada dua bulan pertama tahun ini, bilangan pelancong yang melawat Xinjiang melebihi 23 juta, membawa keuntungan yang bernilai RMB17.84 bilion (RM11.44 bilion).
Dalam pada itu, jumlah penjualan runcit produk awam pula merekodkan RMB57.76 bilion (RM37.04 bilion), menyaksikan pasaran penggunaan yang rancak di Xinjiang.
Naib Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, He Guoqing menyatakan, kempen "tahun promosi penggunaan" akan dilancarkan. Subsidi akan diberikan kepada komoditi pukal seperti kereta dan barangan elektrik kegunaan rumah untuk memacu pasaran penggunaan wilayah itu pada tahun ini.
- Unsur Hijau, Salah Satu Sorotan CICPE
- Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China 2023 Tawar Lebih Kepelbagaian
- Persiapan CICPE 2023 Haikou Selesai
- Industri Penternakan Unta Rancak di Xinjiang
- Rali Taklamakan 2023 dijadual mula pada 20 Mei
- Projek Transmisi Pencawang Elektrik 750 Kilovolt Dibina di Xinjiang
- Warisan Muzik Uygur Bawa Kekayaan kepada Artis Rakyat
- Pendapatan Penduduk Terlepas Belenggu Kemiskinan Naik 12.1% di Xinjiang
- Pewaris Seni Mukam di Turpan, Xinjiang
- Xinjiang Buka Laluan Khas Hantar Benang Kapas ke Foshan