- Lain-lain
Rondaan Bersama China-Vietnam Pertama di Teluk Beibu pada 2023
Kapal polis marin 4304 dan 4302 milik China serta kapal polis marin 8004 dan 8003 dari Vietnam telah menjalankan rondaan bersama di Teluk Beibu dari 11 hingga 13 April, yang merupakan pertama di perairan berkenaan pada tahun ini. Pasukan polis marin kedua-dua negara bersama-sama menjalankan pemantauan dan pemeriksaan terhadap kapal nelayan yang berada dalam operasi, di samping bertukar-tukar pengalaman dalam penguatkuasaan demi memperdalam kerjasama maritim dan memelihara keamanan dan kestabilan.
Sebagai rondaan bersama ke-25 yang dijalankan penguatkuasa kedua-dua negara sejak tahun 2006, misi kali ini diarahkan bersama oleh Ketua Pengarah China Coast Guard (CCG) dan Panglima Markas Vietnam Coast Guard (VCG), dan juga merupakan pertemuan pegawai kanan dari jabatan penguatkuasa kedua-dua negara dalam operasi laut yang pertama. Kedua-dua pihak menilai tinggi rondaan bersama kali ini dan turut mencapai persepakatan mengenai aktiviti selanjutnya.
- Pengeksport Makanan Laut Vietnam Dapat Manfaat melalui Dagangan dengan China
- Xi Utus Kawat Tahniah kepada Presiden Baharu Vietnam
- Pemimpin China, Vietnam Saling Ucap Selamat TBC
- Pertemuan PM China-Vietnam
- Sidang Kemuncak ASEAN ke-40 dan ke-41 Dirasmikan
- Xi Bakal Hadiri Sidang Kemuncak G20, APEC
- Lonjak Hubungan China, Vietnam ke Tahap Baharu
- PM Li Temu Ketua Parti Komunis Vietnam
- China, Vietnam Usahakan Kesejahteraan Rakyat dan Kemajuan Manusia
- Xi Anugerahkan Pingat Persahabatan kepada Ketua Parti Komunis Vietnam