- Lain-lain
Bahan Visual Dedahkan Kegiatan Pencerobohan Tentera Jepun
Kumpulan Media China (CMG) dan Syarikat Televisyen dan Radio Seluruh Rusia (VGTRK) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Moskow pada 21 Mac lalu, bersetuju untuk memperkasakan kerjasama menyeluruh dalam pelbagai peringkat dan bidang.
Dalam majlis penandatanganan MoU itu, VGTRK telah menghadiahkan sejumlah bahan visual sejarah yang amat berharga kepada CMG.
Bahan visual tersebut dirampas oleh Tentera Merah bekas Kesatuan Soviet dari Tentera Kwantung Jepun di kawasan timur laut China. Bahan visual itu berdurasi 25 minit dan kebanyakannya didedahkan kepada khalayak ramai untuk kali pertama.
Bahan-bahan itu memperlihatkan kegiatan pencerobohan dan jenayah yang dilakukan oleh penceroboh Jepun terhadap China.
Bahan visual itu juga buat kali pertama mempamerkan adegen penghantaran anggota tentera Jepun di Stesen Kereta Api Qinghe, miniatur penghantaran tentera dan barang tentera penceroboh Jepun melalui kereta api. Ambisi tentera Jepun untuk meluaskan perang pencerobohan dan menduduki China melalui kekerasan dinampak jelas melalui bahan visual tersebut.