99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China Selar Tindakan AS Pentingkan Diri Sendiri

(CRI)Selasa 25 April 2023

China tegas menolak amalan Amerika Syarikat (AS) yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan kesan dan akibat daripada tindakannya.

Pendirian itu dinyatakan menerusi jurucakap Kementerian Luar Mao Ning susulan laporan bahawa AS menggesa Korea Selatan supaya jangan meningkatkan jualan cip di China.

Untuk itu, Mao membalas dengan menyelar perbuatan AS itu sebagai cubaan mengekalkan hegemoninya dan mengaut laba yang besar.

"Tindakan seumpama melanggar prinsip ekonomi pasaran dan peraturan perdagangan antarabangsa, serta merosakkan kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global."

"Ia juga menjejaskan kepentingan perusahaan semua negara, termasuk China. Perbuatan berkenaan merupakan amalan membuli dalam bidang teknologi dan perlindungan perdagangan," kata beliau semasa taklimat harian di Beijing, pada Isnin.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan