- Lain-lain
274 Juta Rakyat China Melancong Sempena Percutian Hari Pekerja
Pusat Data Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China menganggarkan seramai 274 juta orang melancong dalam negeri sepanjang percutian Hari Pekerja selama lima hari (29 April hingga 3 Mei).
Ia sekali gus menyaksikan peningkatan 70.83 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dengan jumlah pendapatan pelancongan mencatat RMB148.05 bilion (RM92.53 bilion) iaitu peningkatan sebanyak 128.9 peratus.
Pengaktifan penggunaan dan jarak perjalanan masing-masing membaharui rekod, manakala pelancongan rentas wilayah yang jarak perjalanannya melebihi 300 kilometer turut mendapat sambutan baik.
Pelbagai tempat turut menawarkan pakej pelancongan istimewa seperti pelancongan kota kuno, pelancongan kebudayaan dan pelancongan sukan yang secara tidak langsung membawa pengalaman baharu kepada para pelancong.
Dalam tempoh percutian kali ini, jumlah pembayaran secara dalam talian naik 22.7 peratus secara purata sehari berbanding seminggu sebelumnya.
Jika dilihat dari sudut jarak perjalanan, jumlah pelancong dalam wilayah menduduki 76.1 peratus dan jumlah pelancong rentas wilayah menduduki 23.6 peratus.
Sementara itu, jumlah pelancong ke seberang laut menduduki 0.3 peratus dan meningkat 44.4 peratus berbanding minggu sebelumnya.