- Lain-lain
Presiden Iran Lawat Syria
Presiden Syria, Bashar al-Assad telah mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Iran, Seyed Ebrahim Raisi di Damsyik pada Rabu lalu.
Inilah kali pertama Presiden Iran melawat Syria setelah tercetusnya krisis Syria pada 2011.
Menurut laporan berkenaan, kedua-dua negara telah menandatangani MOU rancangan kerjasama strategik komprehensif jangka masa panjang dan beberapa dokumen kerjasama dalam bidang pertanian dan petrol, yang dilihat mencerminkan hasrat kedua-dua negara akan meningkatkan kerjasama dalam bidang petroleum, pertanian, penerbangan awam, landasan kereta api dan telekomunikasi.
Selepas perbincangan tersebut, Bashar berkata, kedua-dua pihak akan mendorong hubungan bilateral melalui peningkatan taraf pelaburan dan perdagangan. Menurut beliau, ekonomi antarabangsa akan bebas daripada belenggu hegemoni Barat, “sekatan akan kehilangan kegunaannya secara beransur-ansur”.
Raisi pula berkata, kerajaan dan rakyat Syria mengalami kesukaran besar, dan mengatasi impak akibat ancaman dan sekatan. Tentera Amerika Syarikat (AS) perlu segera mengundur dari kawasan itu dan memastikan kedaulatan serta keselamatan Syria, tegas beliau.
Turut hadir, Menteri Luar Iran, Menteri Pertahanan dan Menteri Petroleum.
- Turkiye Isytihar Ketua Daesh Terbunuh di Utara Syria
- Penyelesaian Krisis Syria Dijadikan Keutamaan
- Sekatan Sepihak adalah Keganasan Ekonomi: Menteri Luar Syria
- China Desak Batalkan Sekatan Sepihak Haram Terhadap Syria
- Negara Berkaitan Digesa Tarik Balik Sekatan Haram
- Pegawai Kanan PBB: Gempa Bumi Turkiye-Syria “Malapetaka Terburuk” Dalam Seabad Lalu
- Situasi Kemanusiaan Genting di Syria
- Guterres: Elakkan Tindakan Menyelamat di Syria Terjejas Ekoran Sekatan
- China Seru Laksanakan Resolusi Bantuan Kemanusiaan Syria
- Lagi Rakyat Syria Diculik SDF