- Lain-lain
Xi Harap Kru Kapal Selam Jadi Angkatan Elit
Presiden China, Xi Jinping membalas surat kepada kru anak kapal satu pasukan kapal selam Tentera Laut China baru-baru ini.
Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, dalam suratnya menyatakan bahawa pasukan kapal selam menjalankan tugas di laut dalam, menggalas misi yang mulia dan tanggungjawab yang berat.
Beliau berharap mereka akan mengingati amanah Parti dan rakyat, meningkatkan keupayaan dalam menjalankan misi dan tugas, berusaha untuk menjadi angkatan elit, dan memberikan sumbangan yang lebih besar untuk merealisasikan matlamat seratus tahun Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) pada 2027.
Untuk rekod, Xi Jinping mengunjungi kapal selam tersebut pada April 2013, makan tengah hari bersama-sama anak kapal dan berbual-bual dengan mereka.
Dalam 10 tahun lalu, pasukan kapal selam itu melaksanakan tugas mereka dengan cemerlang, dan berjaya menyelesaikan banyak tugas dan ujian yang penting. Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China telah menganugerahkan mereka merit kelas pertama sebanyak dua kali.
- Xi Tinjau Tentera Laut Markas Teater Selatan PLA
- PLA Adakan Rondaan, Latihan di Sekitar Pulau Taiwan
- Kapal Selam “Perjuangan” Pulang Bawa Hasil
- Xi Tandatangan Perintah, Kuatkuasakan Peraturan Kehormatan Anggota Tentera
- Dua Kenderaan Laut Mampu Selam China Capai Prestasi Baik pada 2022
- Kapal Mata Arah Besar Haixun 156 Beroperasi
- Kapal Peninjau Pintar Tanpa Kru yang Pertama di Dunia Beroperasi
- Armada Pengiring China Kumpulan ke-43 Bertolak ke Teluk Aden
- Latihan Ketenteraan Bersama PLA di Kawasan Sekitar Taiwan
- Semangat Kongres Kebangsaan ke-20 PKC Signifikan bagi Pembinaan Tentera: Xi