- Lain-lain
Keputusan China Tolak Penyertaan Taiwan dalam WHA Dapat Sokongan Meluas
Pendirian China berhubung isu penyertaan Taiwan dalam Perhimpunan Kesihatan Sedunia (WHA) mendapat sokongan meluas daripada masyarakat antarabangsa.
Dilaporkan, sesi pendaftaran WHA ke-76 akan tutup pada minggu ini dan Taiwan masih belum menerima surat jemputan.
Jurucakap Kementerian Luar Wang Wenbin berkata terdapat 140 negara mengulangi pendirian mereka yang menegakkan prinsip satu China dan menentang penyertaan Taiwan dalam WHA.
"Hampir 100 negara pula menyatakan pendirian seumpama kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam bentuk surat rasmi atau secara terbuka.”
"Ia sekali lagi membuktikan prinsip satu China meraih sokongan padu masyarakat antarabangsa," kata Wang dalam sesi taklimat pada Jumaat.
Menurut beliau, China membuat keputusan menolak penyertaan Taiwan dalam sesi WHA.
Wang menegaskan, hanya terdapat satu China di dunia dan kerajaan Republik Rakyat China merupakan satu-satunya kerajaan sah yang mewakili seluruh negara ini. Taiwan sebahagian wilayah yang tidak boleh dipisahkan dari China.
"Pendirian China mengenai isu berkenaan adalah konsisten dan jelas.”
"Prinsip satu China mesti dipatuhi ketika mengendalikan isu itu, sepertimana yang termaktub dalam resolusi 2758 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) dan resolusi 25.1 WHA," kata beliau.
- Lawatan 'Performatif' Truss ke Taiwan Undang Kecaman
- Wang Yi Bertemu Sullivan
- Korea Selatan Digesa Patuhi Prinsip Satu China
- Guatemala Diingat Jangan Beranikan Kuasa Pemisah
- Britain Digesa Berhati-hati dalam Isu Taiwan
- PLA Pantau Kapal Milius Melalui Selat Taiwan
- Subahat AS-Taiwan: Jalan yang Buntu
- Rondaan Keselamatan PLA, Amaran Tegas kepada Kumpulan Pemisah "Kemerdekaan Taiwan"
- Tanah Besar Umum Sekatan ke atas Bi-khim Hsiao
- China Umum Hukuman ke atas Organisasi Canang 'Kemerdekaan Taiwan'