- Lain-lain
Menteri Keselamatan Negara Israel Cari Pasal Lagi
Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, memasuki Mount Temple di Baitulmaqdis yang dianggap tapak suci bagi umat Islam dengan ditemani pihak polis pada Ahad.
Inilah kali kedua baginya memasuki kawasan pertikaian antara Israel dengan Palestin tersebut pada tahun ini dan sekali lagi mengundang kecaman dari pihak Palestin.
Itamar Ben-Gvir dalam kenyataannya pada pagi hari itu menyatakan bahawa ancaman Gerakan Perlawanan Islam (Hamas) tidak mampu menghalang mereka dariapda memasuki Mount Temple.
Menurut media Israel, lebih seribu orang Yahudi termasuk beberapa anggota sayap kanan Kongres Isreal penggal ini memasuki kawasan Mount Temple dalam perarakan yang diadakan pada "Hari Baitulmaqdis" pada 18 Mei lalu .
Untuk ini, jurucakap Pejabat Presiden Palestin, Nabil Abu Rdainah mengutuk tindakan provokasi secara terang-terangan itu dengan berkata, "tindakan bermain api" ini hanya akan mengundang padah teruk dan pihaknya akan terus mengamati perkembangan tindakan Israel.