- Lain-lain
Rundingan Pegawai Tinggi China-ASEAN ke-29 Bermula Esok
Rundingan Pegawai Tinggi China-ASEAN bakal diadakan di Shenzhen pada 24 hingga 26 Mei.
Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar menyatakan bahawa penolong Menteri Luar China, Nong Rong akan mengetuai satu rombongan menghadiri rundingan tersebut, yang akan dipengerusikannya bersama dengan seorang pegawai tinggi yang bertanggungjawab hal ehwal ASEAN dari Myanmar, negara penyelaras hubungan China-ASEAN.
Mao berkata, China dan ASEAN akan mengimbau kembali dan menilai prospek hubungan rakan strategik komprehensif kedua-dua pihak, khususnya pelaksanaan konsensus yang tercapai pemimpin kedua-dua pihak, dan melalui rundingan itu bersedia memperhalusi kerjasama substantif dalam bidang keselamatan politik, ekonomi, perdagangan, sosiobudaya, pertanian dan keselamatan bijirin supaya dapat menyuntik lebih banyak tenaga positif kepada kestabilan dan pembangunan serantau.
- Hubungan Erat ASEAN dan China Sesuai dengan Kepentingan Bersama
- China, ASEAN Mahu Mantapkan Lagi Kerjasama Saling Untung
- China: ASEAN Masih Keutamaan dalam Diplomasi Negara Jiran
- Rundingan CAFTA Versi 3.0 Bermula, Terus Teroka Potensi Perdagangan
- Pelancaran Buku di Malaysia Peringati Ulang Tahun Penting BRI
- Myanmar Lancarkan Tujuh Projek Dana Khas LMC
- Setiausaha Agung ASEAN: Intensifkan Hubungan Rakan Strategik Komprehensif dengan China
- China Komited Tingkatkan Pertukaran dengan Parlimen ASEAN
- China, Brunei Mahu Lonjakkan Perkongsian Strategik
- Xi Jinping Selamat Kembali ke China