99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Mana Satu Tumpuan Sidang G7, "Keselamatan" atau Hegemoni?

Kartun oleh Ma Hongliang. (Foto diperoleh untuk People.cn. Penggunaan tanpa izin adalah dilarang.)

Pada 19 hingga 21 Mei, Kumpulan Tujuh atau digelar sebagai G7 yang diketuai oleh Amerika Syarikat mengadakan sidang kemuncak di Hiroshima, Jepun dan mengeluarkan kenyataan bersama berserta dokumen lain. G7 tidak berhenti-henti membangkitkan isu-isu berkaitan dengan China, dan merujuk kepada China dengan apa yang dikatakan mereka "paksaan ekonomi".

Dalam sidang kemuncak kali ini, G7 memasukkan "keselamatan ekonomi" dalam kenyataan subsidiari, menekankan langkah balas terhadap "paksaan ekonomi". Mereka bertegas akan "melawan paksaan ekonomi" dan "mengawal teknologi canggih yang mungkin boleh digunakan untuk mengancam keselamatan negara tanpa menyekat perdagangan dan pelaburan secara berlebihan."

Sebenarnya, apa yang dipanggil "keselamatan ekonomi" hanyalah hasutan AS terhadap sekutunya untuk mewujudkan kumpulan eksklusif yang menentang negara lain atas nama "paksaan ekonomi". Perbuatan sedemikian akan mencetuskan ketidakstabilan rantai perindustrian dan bekalan global.

Malah, AS sendiri sumber "paksaan ekonomi". Sejak dahulu, atas nama keselamatan negara, AS telah terlibat dalam sekatan unilateral, mencampuri urusan dalaman negara lain dan menghasut sekutunya supaya memutuskan hubungan dengan China dalam bidang ekonomi, teknologi dan lain-lain.

Menurut statistik, AS pernah melaksanakan lebih 3,900 sekatan semasa pentadbiran Trump. Sehingga tahun fiskal 2021, terdapat 9,421 entiti dan individu yang dikenakan sekatan oleh kerajaan negara itu, meningkat 933% berbanding tahun fiskal 2000. Tidak perlu dipersoalkan lagi sama ada yang dikejar AS itu "keselamatan" ataupun hegemoni.

Gaya Hidup