- Lain-lain
China Gesa Israel Hentikan Ceroboh Tanah dan Sumber Palestin
Naib wakil tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang menggesa Israel menghentikan pencerobohan terhadap tanah dan sumber Palestin pada Rabu.
Pada sesi terbuka Majlis Keselamatan PBB berhubung isu Asia Barat termasuk isu Palestin, Geng berkata China menggesa semua tindakan sepihak Israel yang meluluskan penempatan semula, membina penempatan baharu, dan menghalalkan penempatan di wilayah yang diduduki sejak tahun ini "mesti dihentikan."
“Status dan sejarah tapak suci keagamaan Baitulmuqaddis mesti dihormati dan ditegakkan.
“Pada 21 Mei, seorang pegawai kanan Israel bagi urusan keselamatan wilayah memasuki halaman Masjid Al-Aqsa buat kali kedua sejak tahun ini dan turut mencetuskan ketegangan pusingan baharu.
“Menyentuh isu tapak suci keagamaan, Israel mesti menghentikan kegiatan provokasi, menjamin hak puak Islam untuk beribadat, mengekalkan keamanan dan kesentosaan tapak suci keagamaan terbabit, dan menghormati hak pemerintahan Jordan," kata wakil tetap China itu.
- Sekurang-kurangnya 30 Maut Serangan Udara di Gaza
- China Seru Selesai Isu Palestin secara Adil dan Tuntas
- Israel Lancar Serangan Udara Menyasar Selatan Syria
- Polis Israel, Penduduk Palestin Tempur di Masjid Al-Aqsa
- China Prihatin Ketegangan Palestin-Israel
- Palestin Gantung Penyelarasan Keselamatan dengan Israel
- Palestin dan Israel Diseru Kekal Bertenang
- UNSC Diminta Bincang Isu Temple Mount
- Israel Mahu Menelan Sebahagian Wilayah di Tebing Barat
- China Seru Bertindak Galakkan Pelaksanaan“Penyelesaian Dua Negara”