99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Seru Dunia Bina Tamadun Multipolar

(CRI)Khamis 25 Mei 2023

Presiden China, Xi Jinping menyatakan bahawa dunia kini mengalami perubahan besar yang belum pernah berlaku dalam seabad, manakala trend sejarah multi-polarisasi dan globalisasi ekonomi pula tidak dapat dihalang.

Menurut beliau, mematuhi multilateralisme yang sebenar di samping mendorong pembangunan serantau yang terselaras adalah konsensus bersama masyarakat antarabangsa.

Xi berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian sesi pleno Forum Ekonomi Eurasia kedua Kesatuan Ekonomi Eurasia menerusi video pada Rabu.

Jelas beliau, pendirian China terhadap persoalan zaman dan sejarah tersebut adalah jelas.

“Saya telah mengemukakan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global, dan Inisiatif Peradaban Global, menyeru semua negara agar bersama-sama membina dunia yang terbuka, inklusif, bersih dan indah dengan keamanan berkekalan, keselamatan sejagat, dan kemakmuran bersama, serta menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan,” ujar Xi.

Untuk rekod, 2023 juga merupakan ulang tahun kesepuluh Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dikemukakannya.

Matlamat BRI adalah untuk meneroka pendekatan baharu agar semua negara dapat mencapai pembangunan bersama, seterusnya membina "jalan menuju ke kesejahteraan" yang memberi manfaat kepada semua negara di dunia.

Tambah Xi, sebagai ahli keluarga Euroasia, pembangunan China tidak boleh dipisahkan daripada rantau ini, dan pada masa sama ia juga akan memberi limpahan manfaat kepada negara-negara serantau.

“Pada separuh kedua tahun ini, China akan mengadakan Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) edisi ketiga," kata beliau.

Kata Xi, China bersedia untuk bekerjasama dengan pengasas bersama BRI dan negara anggota Kesatuan Ekonomi Eurasia untuk terus menjunjung tinggi semangat kedamaian, pembangunan, kerjasama, dan sama menang, berkongsi peluang, bersama-sama mengatasi kesukaran, supaya mencipta masa depan yang lebih baik dan menulis bab baharu kemajuan peradaban dalam dunia multipolar.

Forum Ekonomi Eurasia kali ini bertemakan Integrasi Eurasia dalam Dunia Multipolar, diadakan di Moscow, Rusia secara hibrid.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan