- Lain-lain
Forum China-ASEAN mengenai Pertukaran Tamadun dan Kerjasama Dirasmikan di KL
Forum China-ASEAN mengenai Pertukaran Tamadun dan Kerjasama telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 27 Mei.
Para peserta forum itu menegaskan, kepelbagaian tamadun dunia perlu dihormati dan suasana hidup bersama secara harmoni antara tamadun semua negara perlu diwujudkan bersama bagi melaksanakan Inisiatif Tamadun Global dan mengukuhkan pertukaran dan kerjasama China dan ASEAN dalam sektor penerbitan.
Pelbagai pihak juga disarankan berpegang kepada konsep yang terbuka dan inklusif bagi menyempurnakan mekanisme dialog dan pertukaran antara tamadun semua negara dalam jangka panjang, mematuhi prinsip berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi untuk membina platform kerjasama antarabangsa bagi mewujudkan situasi saling menguntungkan dan sama menang, selain meneroka saluran baharu dalam merancakkan pergaulan personel bagi menambah kebersamaan rakyat antara pelbagai negara.
Untuk rekod, forum bertemakan "New Opportunities in China-ASEAN Civilization Communication and Cooperation" itu turut diserikan dengan kehadiran lebih 300 orang yang melibatkan pegawai Publisiti Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, perwakilan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Duta Besar China ke Malaysia serta penulis, sarjana dan penerbit terkemuka.?
- Hubungan Erat ASEAN dan China Sesuai dengan Kepentingan Bersama
- China dan ASEAN Diharap Pacu Perkembangan Pertanian Bersama
- TransNusa Rasmi Pesawat ARJ21 Buatan China
- AMRO Jangka Ekonomi China Bertumbuh 5.5 Peratus
- Latihan Ketenteraan Bersama Kemboja-China "Golden Dragon 2023" Bermula
- Projek Pendidikan Jarak Jauh Bantuan China Dimulakan di Laos
- Indonesia Kerjasama dengan Huawei, Tingkat Transformasi Digital dalam Pendidikan
- Seminar CMG Fokuskan Pembangunan Bersama China-Asia Tenggara
- China, ASEAN Komited Kekalkan Keamanan dan Kestabilan LCS
- 120,000 TEU Kargo Diangkut Koridor Darat-Laut Baharu sejak Awal Tahun