99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi, Ramaphosa Bual Melalui Telefon

(CRI)Isnin 12 Jun 2023

China menyokong Afrika Selatan selaku pengerusi bergilir BRICS tahun ini menjayakan pelbagai acara membabitkan kerjasama di bawah mekanisme berkenaan.

Demikian ujar Presiden Xi Jinping semasa berbual dengan rakan sejawatnya dari Afrika Selatan Cyril Ramaphosa menerusi panggilan Jumaat.

Xi berkata hubungan China-Afrika Selatan mempunyai pengertian strategik dalam menjaga kepentingan bersama negara membangun serta membimbing perpaduan dan kerjasama China-Afrika.

Tahun ini menandakan ‘Tahun Afrika Selatan’ untuk BRICS (Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan), dan pembangunan hubungan dua hala menghadapi peluang penting, kata beliau.

China bersedia bekerjasama dengan Afrika Selatan untuk menaik taraf jalinan hubungan, membina komuniti berkongsi nasib sesama negara pada peringkat tinggi, mengamalkan multilateralisme jitu, dan menggerakkan ketertiban antarabangsa ke arah lebih adil dan munasabah.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan