- Lain-lain
Festival Filem Shanghai: Minggu Filem B&R, Wadah Interaksi Penggiat Filem Antarabangsa
Sempena Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) ke-25 yang sedang berlangsung di bandar raya di timur China ini, turut dianjurkan adalah Minggu Filem Jalur dan Laluan (B&R).
Sepanjang Minggu Filem B&R ini berlangsung, sebanyak 20 filem baharu dari negara-negara terlibat Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) akan ditayangkan dalam aktiviti tersebut.
Untuk rekod, tahun ini menandakan ulang tahun ke-10 BRI, dan juga ulang tahun kelima Persatuan Festival Filem B&R serta Minggu Filem B&R.
Dalam tempoh lima tahun yang lalu, Persatuan Festival Filem B&R telah berkembang daripada 31 institusi perfileman dari 29 negara kepada 55 institusi dari 48 negara.
Difahamkan, sebanyak 115 filem terlibat dalam tayangan jelajah sebanyak lebih 300 kali di dalam dan luar China.
Pada tahun ini, karya-karya ini meneruskan ciri-ciri Minggu Filem B&R yang terdahulu, dan mengundang pelbagai filem untuk menarik penonton di bandar Shanghai.
Antaranya, filem Indonesia iaitu Yuni yang mengetengahkan cerita menarik hati serta persembahan audio-visual yang hebat untuk mendalami isu-isu serius dan realistik seperti perkahwinan dan pilihan peribadi generasi muda wanita Indonesia.
Selain itu, filem Kazakhstan, The Start pula menceritakan tentang kisah hidup yang susah oleh seorang protagonis dan perjuangannya.
- Festival Filem Shanghai: Filem Fiksyen Sains Curi Tumpuan
- 450 Filem Ditayang sempena SIFF ke-25
- Festival Filem Antarabangsa Shanghai Buka Tirai
- Pesta Filem Antarabangsa Beijing ke-13 Dirasmikan
- Platform Video: Drama China Tengah Hangat di Asia Tenggara
- Minggu Budaya Filem China-ASEAN 2022 Dirasmikan
- Festival Filem Antarabangsa Pulau Hainan Tutup Tirai
- Pesta Perfileman Antarabangsa Hainan Ke-4 Buka Tirai
- 10 Anugerah Profesional Menanti Peserta Festival Filem Antarabangsa Laluan Sutera ke-9