- Lain-lain
CSITF ke-9 Buka Tirai di Shanghai
Pameran Teknologi Antarabangsa Shanghai China (CSITF) ke-9 yang berkonsepkan “pembangunan dipacu inovasi, melindungi hak cipta intelek, mendorong perdagangan teknologi” membuka tirai di bandar Shanghai pagi tadi, dengan tujuannya mengintensifkan kerjasama dan interaksi antarabangsa dalam bidang perdagangan teknologi, meningkatkan keupayaan inovasi dalam pelaksanaan dasar pintu terbuka dan kerjasama, serta memberi manfaat kepada pembentukan Paradigma Pembangunan Baharu dan pembangunan tanah air ke arah inovatif.
CSITF edisi 2023 yang seluas 35 ribu meter persegi itu, terdiri daripada ima zon pameran termasuk pavilion bertema, zon teknologi karbon rendah, teknologi digital, perubatan biologi, ekologi dan perkhidmatan inovasi.
Dalam pada itu, memudahkan perdagangan, menggalakkan perkhidmatan dan meningkatkan keberkesanan dalam perdagangan teknologi juga dijadikan tumpuan sepanjang berlangsungnya temasya kali ini.