- Lain-lain
UnionPay, PayNet Kerjasama, Sambungkan Sistem Bayar QR China-Malaysia
Jumaat lalu, UnionPay International (China) dan PayNet (Malaysia) menjalinkan perjanjian rangka kerja kerjasama untuk mengusahakan penyambungan sistem pembayaran kod QR masing-masing.
Dijadualkan bahawa, aplikasi UnionPay (sama ada versi Tanah Besar China atau versi Hong Kong & Makau) serta aplikasi bank-bank komersial China yang mengakses UnionPay disambungkan dengan pembayaran kod QR kedai-kedai Malaysia. Seterusnya penyambungan sistem pembayaran kod QR Malaysia dengan saluran pembayaran lain yang mengamalkan standard UnionPay di China akan diusahakan. Pada masa kelak, pengguna Malaysia juga dapat membayar di kedai-kedai yang mengakses sistem pembayaran UnionPay di seluruh dunia.
Majlis penandatanganan dihadiri secara maya oleh Cai Jianbo, presiden China UnionPay yang juga pengerusi UnionPay International, dan Farhan Ahmad, ketua pegawai eksekutif (CEO) PayNet.