- Lain-lain
Naib Menteri Luar China, Rusia Temu di Beijing
Naib Menteri Luar China, Ma Zhaoxu mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Andrey Rudenko di Beijing pada Ahad.
Ma menyatakan bahawa dalam konteks situasi antarabangsa yang kompleks ketika ini, China dan Rusia perlu mengekalkan komunikasi tepat pada masanya untuk memastikan kemantapan hubungan bilateral serta menjaga kepentingan bersama.
Sementara itu, Rudenko berkata hubungan Rusia-China kini berada pada tempoh terbaik dalam sejarah, menyaksikan pertukaran peringkat tinggi dan kerjasama pelbagai bidang mengekalkan momentum perkembangan yang kukuh.
Beliau turut menyuarakan kesediaan pihaknya untuk bersama China ke arah mempertingkatkan kerjasama yang saling menguntungkan.
Kedua-dua pihak sependapat bahawa Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) memainkan peranan penting dalam memelihara kestabilan dan keselamatan serantau, serta mendorong pembangunan bersama.
Justeru, China dan Rusia akan memperkukuh perpaduan dan kerjasama bagi memastikan perkembangan SCO yang sihat dan lancar.
Selain itu, beberapa isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama seperti krisis Ukraine juga dibincangkan dalam pertemuan tersebut.
- Xi Ditemui PM Rusia
- Perdana Menteri Rusia Lawat China Minggu Depan
- Putin Ditemui Menteri Pertahanan China
- Lawatan Xi ke Rusia, Perjalanan Persahabatan, Kerjasama dan Damai
- Xi, Putin Mahu Selesaikan Krisis Ukraine Melalui Rundingan Damai
- China, Rusia Komited Perkasa Perkongsian Koordinasi Strategik Komprehensif untuk Era Baharu
- Xi Jinping Bertemu dengan PM Rusia
- Xi, Putin Adakan Rundingan di Kremlin
- "Classic Quotes by Xi Jinping" Musim Kedua Disiarkan di Rusia
- Hubungan Rusia-China, Teladan Kerjasama yang Harmoni dan Kreatif