- Lain-lain
Universiade Lonjak Imej Chengdu Sebagai Bandar Sukan
Universiade Musim Panas Ke-31 dijadualkan membuka tirainya di Chengdu, Provinsi Sichuan, barat daya China pada 28 Julai depan.
Untuk rekod, ia merupakan kali ketiga China menjadi tuan rumah serta kali pertama bagi kawasan barat daya China menganjurkan temasya sukan antarabangsa yang komprehensif.
Dengan sasaran “mendinamikkan bandar menerusi menganjurkan temasya sukan”, Chengdu kini menuju ke arah pembangunan sebagai bandar terkenal dalam pertandingan sukan global menjelang 2025.
Dimaklumkan, nilai perindustrian sukan di Chengdu telah memecah angka RMB100 bilion (RM64.8 bilion) pada 2022, dengan pembayaran sukan per kapita melebihi RMB2,700 (RM1,750).
Seiring dengan penganjuran Universiade di Chengdu pada tahun 2023, semangat dan budaya sukan secara tidak langsung akan membawa elemen baharu kepada imej bandar dan mempengaruhi hidup rakyat.