99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Wadah Tumpuan Sejarah dan Kemodenan, Hangzhou Siap Sedia untuk Sukan Asia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 04 Julai 2023

Foto udara yang diambil pada 19 April 2022 ini memaparkan panorama kawasan peranginan Tasik Barat di Hangzhou, provinsi Zhejiang, timur China. (Xinhua/Huang Zongzhi)

Foto udara yang diambil pada 19 April 2022 ini memaparkan panorama kawasan peranginan Tasik Barat di Hangzhou, provinsi Zhejiang, timur China. (Xinhua/Huang Zongzhi)

Di mata Zhao Xinyue, kampung halamannya Hangzhou di timur China mengatasi segala sempadan masa.

Sepanjang abad yang silih berganti, Hangzhou telah menjadi sumber inspirasi buat tak terbilang ramainya pujangga, yang madah masing-masing terpahat di sanubari puluhan ribu rakyat China sejak di buaian lagi, ujar pemudi ini.

Zhao, siswi Universiti Gongshang Zhejiang yang berusia 20 tahun, yang sukarela berkhidmat untuk Sukan Asia yang menjelang tiba, berharap temasya sukan tersebut akan menghembus nafas baharu kepada bandar ibu provinsi Zhejiang ini.

Dahulunya ibu negeri bagi Dinasti Song Selatan (1127-1279), kota seindah lukisan ini menjanjikan landskap semula jadi yang sungguh mempesona di samping begitu banyak tempat yang menarik dari segi sejarah.

Menurut Zhao, Tasik Barat yang ikonik, yang juga diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, sering kali meninggalkan kesan yang berpanjangan pada pelancong yang kali pertama menjejakkan kaki ke Hangzhou. Kanak-kanak biasanya mengenali tasik ini melalui Legenda Ular Putih, satu kisah memilukan yang berkisar pada cinta tragik antara seorang gadis jelmaan ular putih dan seorang cendekiawan.

“Meskipun tempat-tempat tarikan lama ini masih lagi menggamit kedatangan pelancong, ada juga aktiviti-aktiviti baharu yang menghidupkan lagi suasana bandar,” kata Zhao, yang mengambil contoh daripada jamuan teh keliling dapur arang yang kian popular dalam kalangan generasi muda.

Hangzhou terkenal dengan teh hijau. Teh yang dijerang atas dapur arang yang dikenali sebagai Weiluzhucha, menzahirkan intipati kemesraan sekumpulan orang duduk di keliling dapur arang, menjerang teh sambil berbual-bual. Amalan yang cukup disanjung ini membangkitkan memori dari hari-hari lampau, ketika nenek moyang mereka meluangkan masa untuk ritual sama.

Kepopularannya yang semakin ketara boleh dikatakan hasil pengaruh drama-drama TV yang memaparkan kehidupan pada era Dinasti Song, satu tempoh yang menyaksikan budaya teh di China mencapai puncaknya. Drama-drama yang mengasyikkan ini telah menyalakan minat sesama audiensnya untuk merasai sendiri budaya teh tersebut.

Bapa Zhou Ying seorang pewaris budaya peringkat provinsi bagi teknik pembuatan teh. Selepas tamat pengajian di kolej dengan kelulusan dalam pengurusan kewangan, Zhou pulang ke kampung halamannya berbekalkan cita-cita untuk “menggiatkan semula teh Jingshan.”

Seketika bekerja di ladang teh, dia bukan sahaja mempromosikan konsep hidangan teh yang dijerang atas dapur arang. Zhou turut memperkenalkan produk-produk baharu daripada minuman menyegarkan hinggalah hidangan ringan istimewa seperti aiskrim dan jeli yang diperbuat daripada teh.

“Memandangkan sekarang kita sudah menyambung perjuangan generasi lalu, saya yakin teh yang ibarat ‘kad nama’ bagi Hangzhou akan kekal glamornya,” kata Zhou.

Upacara Teh Jingshan dipersembahkan pada aktiviti sempena Hari Budaya dan Warisan Semula Jadi di Hangzhou, provinsi Zhejiang, timur China, 9 Jun 2023. (Xinhua/Xu Yu)

Upacara Teh Jingshan dipersembahkan pada aktiviti sempena Hari Budaya dan Warisan Semula Jadi di Hangzhou, provinsi Zhejiang, timur China, 9 Jun 2023. (Xinhua/Xu Yu)

Hu Danna, 30, yang mengendalikan inap desa di Hangzhou sejak lima tahun lepas, telah melihat profil pelancong yang berkunjung ke bandar itu nyata bertambah kepelbagaiannya.

“Semakin ramai pelancong asing serta keluarga yang melancong dengan anak-anak. Mereka bukan datang ke mari hanya untuk mengambil gambar di tepi Tasik Barat, tetapi untuk menghayati budaya tempatan,” ujarnya.

Tapak-tapak penganjuran Sukan Asia sudah menjadi tarikan terbaru, kata Hu, yang kemudiannya menambah bahawa stadium utama temasya telah diberi gelaran “Teratai Gergasi” ekoran rekaan seni binanya yang mirip bunga teratai.

Menyahut pandangannya itu, Zhao Xinyue menyatakan, temasya Sukan Asia yang dinanti-nantikan ramai lewat tahun ini dapat membantu menaikkan lagi nama Hangzhou dan mempromosikan budayanya.

Pada 2022, Hangzhou menjana sebanyak 129.8 bilion yuan (kira-kira 607 juta ringgit) dalam pendapatan pelancongan. Nilai tambah industri budaya pula direkodkan mencecah 242 bilion yuan atau 156 bilion ringgit, iaitu 12.9 peratus keluaran kasar Hangzhou.

Malahan, Zhao sudah pun melihat bagaimana unsur-unsur budaya Hangzhou kembali hidup pada hari-hari menjelang ketibaan acara sukan tersebut.

Maskot Sukan Asia kali ini memandang kepada tiga tapak Warisan Dunia Hangzhou sebagai sumber inspirasi, iaitu Runtuhan Arkeologi Budaya Liangzhu, Tasik Barat dan Terusan Besar. Jelas Zhou lagi, lambang Sukan Asia Hangzhou menonjolkan corak kipas Cina dan juga Sungai Qiantang yang terkenal.

Diatur seiring jambatan, pavilion dan menara purba, maskot dan lambang tersebut menghiasi pemandangan kota. Zhao percaya panorama-panorama ini benar-benar mengabadikan jiwa Hangzhou, tempat sejarah dan kemodenan wujud bersama.

Seorang kanak-kanak perempuan bergambar dengan Chenchen, Congcong dan Lianlian (kiri ke kanan), maskot-maskot Sukan Asia 2022 Hangzhou, di Pusat Sukan Terusan Gongshu, provinsi Zhejiang, timur China, 9 November 2021. (Xinhua/Huang Zongzhi)

Seorang kanak-kanak perempuan bergambar dengan Chenchen, Congcong dan Lianlian (kiri ke kanan), maskot-maskot Sukan Asia 2022 Hangzhou, di Pusat Sukan Terusan Gongshu, provinsi Zhejiang, timur China, 9 November 2021. (Xinhua/Huang Zongzhi)

“Hangzhou sedang mengalami perubahan menakjubkan ke arah kemudahan yang lebih tinggi tahapnya, dengan laluan subway baharu dan stesen kereta api baharu,” kata Zhao. “Harapnya Sukan Asia akan membawa peluang pembangunan baharu kepada bandar ini.”

Memikirkan tidak sampai 100 hari sebelum Hangzhou menjadi tumpuan mata dunia, anak jati ini berasa bangga. “Inilah sebabnya saya menawarkan diri sebagai sukarelawan, supaya dapat membantu tetamu-tetamu dari seberang laut,” ujarnya. “Saya harap Hangzhou dapat mencoret kenangan manis buat semua.”

Gaya Hidup

Berita Berkaitan