- Lain-lain
Xi Galak Pelajar Asing Beri Sumbangan kepada Persahabatan antara Negara
Presiden China, Xi Jinping memberi galakan kepada pelajar asing yang menuntut di Universiti Audit Nanjing agar memberi sumbangan bagi merapatkan persahabatan dan kerjasama antara negara.
"Saya berasa gembira mendengar bahawa setelah menuntut ilmu di China, anda semua telah meningkatkan kecekapan profesional melalui pembelajaran di dalam kuliah dan lawatan di luar, serta memperdalam pemahaman mengenai sistem audit China, sosialisme yang bercirikan China, dan juga Parti Komunis China," ujarnya.
Xi menyatakan demikian dalam surat balasnya kepada mahasiswa asing yang melanjutkan pengajian peringkat sarjana jurusan pengauditan di universiti tersebut, pada Selasa.
Tambah beliau, China memberi perhatian tinggi kepada peranan penting audit dalam tadbir urus negara.
"Selepas bertahun-tahun penjelajahan, sistem audit yang mempunyai ciri-ciri tersendiri China telah dibentuk, di samping sistem pengawasan audit yang berpusat, meluas, berwibawa, dan berkesan telah dibina.
"Saya berharap anda semua dapat merapatkan hubungan dengan rakan-rakan di China, saling membelajari dengan mereka, memahami dan mengenali China melalui ilmu audit, serta secara aktif menyumbang ke arah mempererat persahabatan dan kerjasama antara negara," kata Xi.
Untuk rekod, program sarjana audit antarabangsa di Universiti Audit Nanjing ditubuhkan pada 2016, dan telah melatih lebih 280 tenaga profesional untuk jabatan audit dari 76 negara yang terlibat dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Pada mutakhir ini, seramai 37 mahasiswa asing dari program tersebut mengirim surat kepada Xi untuk menceritakan pengalaman mereka di China.
Mereka menzahirkan bahawa tidak akan melupakan pengalaman di China, menghargai hubungan dengan China, dan beriltizam untuk menjadi duta persahabatan antara China dan negara mereka.