- Lain-lain
Xi: Buka Lembaran Baharu dalam Pembinaan Modenisasi Jiangsu
Presiden China, Xi Jinping ketika meninjau di provinsi Jiangsu baru-baru ini telah menegaskan bahawa perlu berusaha mendorong praktik baharu yang berorientasikan modenisasi ala China di provinsi Jiangsu sehingga membuka lembaran baharu dalam pembinaan yang menyasarkan "ekonomi rancak, penduduk kaya, persekitaran indah dan masyarakat yang beretika tinggi".
Jadual tinjauannya pada 5 hingga 7 Julai lalu merangkumi taman perindustrian, syarikat, blok bersejarah lama dan makmal sains di bandar Suzhou dan Nanjing .
Setelah mendengar laporan kerja kerajaan provinsi Jiangsu pagi tadi, Xi menunjukkan bahawa Jiangsu diharap agar mencapai kemajuan baharu dalam inovasi sains dan teknologi, membentuk pangkalan inovasi yang berspesifikasi tinggi, dan meningkatkan taraf transformasi dan perindustrian bersandarkan hasil sains dan teknologi.
Selain itu, beliau menekankan bahawa pembangunan sistem perindustrian moden yang mengutamakan industri perkilangan, kitaran domestik dan kitaran domestik-antarabangsa, dan perdagangan luar yang inovatif perlu terus dipergiatkan bagi meneroka pasaran antarabangsa.
Xi juga menyatakan bahawa modenisasi ala China tidak terlepas dari pembinaan tamadun nusa dan bangsa pada zaman moden ini. Oleh itu, Jiangsu perlu mengintensifkan perlindungan, pewarisan, pembangunan dan inovasi terhadap kebudayaan tradisional, misalnya giat mengambil bahagian dalam mereka bentuk dan membina dua taman kebudayaan negara yang melibatkan Sungai Yangtze dan Terusan Besar.