99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Kepulauan Solomon Mahu Mantapkan Hubungan dan Kerjasama dengan China

(CRI)Isnin 17 Julai 2023

Perdana Menteri Kepulauan Solomon, Manasseh Sogavare telah mengadakan kunjungan ke provinsi Jiangsu, semasa lawatan rasminya ke China pada 13 Julai.

Ketika melawat kampung budaya teh Huanglongxian, Sogavare menyifatkan model perkembangan kampung itu sebagai teladan yang boleh dicontohi oleh negaranya.

Hasil lawatan Sogavare kali ini, China dan Kepulauan Solomon secara rasmi menjalin hubungan perkongsian strategik komprehensif yang saling menghormati dan membangun bersama bagi era baharu.

Sementara, Kepulauan Solomon secara rasmi membuka kedutaan besar di China.

Sogavare turut mengulangi pendirian negaranya yang tidak berganjak daripada usaha mengembangkan hubungan dengan China.

"Usaha membasmi kemiskinan perlu dipergiatkan dengan memperkasakan ekonomi menerusi pembinaan prasarana yang bermutu, dan China adalah rakan terbesar bagi Kepulauan Solomon dalam kerjasama pembinaan infrastruktur," ujar Perdana Menteri itu apabila berucap pada persidangan peringkat tinggi edisi pertama Forum Tindakan Global untuk Pembangunan Berkongsi yang diadakan di Beijing pada 10 Julai lalu.

Buat masa ini, stadium yang dibina dengan bantuan China untuk Sukan Pasifik 2023 yang terletak di Honiara, ibu kota Kepulauan Solomon telah menjadi bangunan mercu tanda tempatan.

Kepulauan Solomon telah mendapat limpahan manfaat daripada perkembangan pesat hubungan negaranya dengan China sejak kedua-dua negara ini menjalin hubungan diplomatik pada September 2019.

Kini, China merupakan rakan dagang dan destinasi eksport terbesar bagi Kepulauan Solomon, dan eksport ke China turut menyumbang dua pertiga daripada jumlah keseluruhan eksport Kepulauan Solomon.

Pada masa sama, prinsip satu China juga menjadi konsensus umum dipatuhi pelbagai lapisan masyarakat Kepulauan Solomon.

Tahun ini genap sedekad penganjuran Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).

Dalam pada itu, Kepulauan Solomon juga telah memperkenalkan Strategi Pembangunan 2035.

Usaha untuk menyelaraskan pelaksanaan BRI dengan strategi tersebut diyakini dapat membantu negara kepulauan itu mewujudkan pembangunan domestik dan pemulihan semula, serta merealisasikan keamanan dan kestabilan secara berkekalan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan