- Lain-lain
Jurugambar Kekalkan Warisan Budaya melalui Lensa
Teknik membuat layang-layang Weifang merupakan satu warisan tidak ketara kebangsaan di provinsi Shandong. (Foto oleh Zhang Jingguo/cpanet.org.cn) |
Siri foto ini, yang diberikan judul “Guarding Spiritual Home”, menjadi satu bentuk dokumentasi komprehensif bagi warisan-warisan budaya tidak ketara dan para pewarisnya di Weifang, provinsi Shandong. Menerusi bahasa seni fotografi, ia bertujuan menyampaikan makna dan nilai penting khazanah-khazanah budaya yang diabadikan.
Zhang Jiangguo yang merupakan ahli Persatuan Jurugambar China, menghasilkan satu himpunan landskap mini bertemakan warisan-warisan tersebut dengan menggabungkan teknologi moden dan ciptaan artistik. Ini suatu kaedah yang inovatif untuk mempromosikan dan melindungi warisan budaya tidak ketara.
Sepanjang 20 tahun lalu, beliau telah menggunakan kameranya untuk menyusun naratif sebanyak lebih 30 kisah mengenai warisan budaya tidak ketara di Weifang. Adalah menjadi penekanannya untuk tidak melengahkan pendokumenan tradisi-tradisi ini, kerana begitu ramai pewarisnya seniman rakyat yang sudah lanjut usia. Kata Zhang, beliau perlu segera merakamkan dan mengabadikan para pewaris untuk memastikan seni dan ketukangan mereka dilindungi sebaik mungkin dan dapat bertahan demi generasi-generasi akan datang.
- Gadis Etnik Miao Guna Perhiasan Perak, Buat "Langit Bintang"
- Kain Ikat Celup Etnik Bai Papar Keindahan Yunnan
- Pemodenan Hidupkan Semula Lukisan Ukir Kayu
- Yang Yuni: Dorong Budaya Tani Etnik Hani ke Pentas Dunia
- Anggota CPPCC: Hidupkan Tinggalan Budaya
- Wakil NPC: Semarakkan Seni Sulaman, Pacu Pembangunan Desa
- Animasi Paparkan Pesona Warisan Budaya Tidak Ketara China kepada Dunia
- Alat Muzik Tradisional Medium Jana Pembangunan Desa
- Pewaris Seni Mukam di Turpan, Xinjiang
- Warisan Budaya Tidak Ketara UNESCO di China