99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Jinping Terima Kunjungan Duterte, Hargai Sumbangan Mantan Presiden Filipina

(CRI)Selasa 18 Julai 2023

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan mantan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte di Wisma Tamu Negara, di sini, pada Isnin.

Xi berkata, Duterte yang bersikap bertanggungjawab terhadap rakyat dan sejarah ketika menjadi Presiden Filipina telah membuat pilihan strategik untuk memperbaiki hubungan dengan China supaya kembali ke landasan dan terus berkembang dengan baik.

Beliau turut menyifatkan bahawa ia merupakan sumbangan penting terhadap hubungan persahabatan kedua-dua negara.

Menurut Xi, China dan Filipina adalah negara membangun di Asia, dan pembangunan kedua-dua negara adalah berasaskan suasana persekitaran yang berjiran baik, serta keluarga Asia yang bekerjasama dan menang semua.

"China sentiasa mengekalkan dasar berjiran baik dan berkawan dengan negara jiran berpandukan konsep diplomatik yang diamalkan iaitu mesra, ikhlas, berkongsi dan inklusif," jelas beliau.

Xi turut menekankan bahawa China konsisten mementingkan hubungan dengan Filipina, dan bersedia bersinergi bersama-sama untuk menggerakkan hubungan bilateral terus berkembang.

"Saya harap bahawa Duterte dapat terus memainkan peranan penting demi persahabatan dan kerjasama kedua-dua pihak," ujarnya lagi.

Duterte dalam ucapannya pula menyatakan bahawa hubungan persahabatan Filipina-China selaras dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara dan merupakan hasrat kebanyakan rakyat Filipina.

Beliau turut menyatakan kesediaannya untuk terus menyumbang kepada persahabatan kedua-dua negara.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan