99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China, Kenya Komited Mantapkan Kerjasama BRI

(CRI)Isnin 24 Julai 2023

China dan Kenya komited untuk mengukuhkan kerjasama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) demi mewujudkan situasi sama menang.

Demikian antara hasil pertemuan Ketua Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) Wang Yi bersama Presiden Kenya William Ruto di Nairobi, pada Sabtu.

Wang menyatakan kesediaan China untuk menggerakkan kolaborasi dengan Kenya dalam bidang landasan keretapi, lebuh raya, penerbangan, maklumat dan sebagainya, selain memantapkan jalinan kerjasama BRI, Inisiatif Pembangunan Global dan ‘sembilan program’ Forum Kerjasama China-Afrika.

Beliau turut berjanji, China bersedia bersama Kenya untuk mengamalkan multilateralisme jitu, memelihara peranan penting dimainkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam urusan global serta kepentingan bersama negara membangun, dan menjaga keamanan dan pembangunan rantau.

Dalam pada itu, Ruto mengulangi komitmennya untuk memperdalam perkongsian strategik menyeluruh Kenya-China dan memperkasakan kerjasama dalam pelbagai bidang demi keuntungan bersama.

Berita Berkaitan