99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

SAIC Motor, Audi Bekerjasama Bangunkan BEV

(CRI)Isnin 24 Julai 2023

SAIC Motor dari China telah mencapai konsensus dengan Audi dari Jerman, untuk bekerjasama mempercepatkan pembangunan kenderaan elektrik bateri (BEV).

Naib presiden yang juga ketua jurutera SAIC Motor, Zu Sijie berkata, pihaknya dan Audi selalunya merupakan rakan kerjasama strategik.

"Cara kerjasama kedua-dua pihak pada masa akan datang dijangka melibatkan bidang pelesenan dan pembangunan bersama.”

“Pasaran automobil China sedang mengalami transformasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Kami akan mengukuhkan lagi kerjasama strategik untuk mewujudkan situasi sama menang," katanya.

Menurut "Pelan Tindakan Tiga Tahun untuk Pembangunan BEV" yang dikeluarkan SAIC Motor sebelum ini, jualan tahunan BEV buatannya dijangka mencatat 3.5 juta unit menjelang 2025, meningkat sebanyak 2.5 kali ganda berbanding 2022. Sementara itu, jumlah jualan jenama milik syarikatnya akan menempati 70% daripada keseluruhan jualan BEV buatannya.

Berita Berkaitan