- Lain-lain
Sesi ke-4 Jawatankuasa Tetap NPC ke-14 Dirasmikan di Beijing
(CRI)Rabu 26 Julai 2023
Sesi ke-4 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) ke-14 dirasmikan di Beijing pada Selasa.
Sidang yang dipengerusikan Pengerusi Jawatankuasa Tetap NPC Zhao Leji itu memutuskan untuk melucutkan Qin Gang daripada jawatan Menteri Luar dan melantik Wang Yi sebagai Menteri Luar, manakala melantik Pan Gongsheng sebagai Gabenor Bank Rakyat China untuk menggantikan Yi Gang.
Sementara itu, Presiden China Xi Jinping menandatangani dekri presiden No.8.
Sidang itu juga mengemukakan usul berhubung mengemukakan draf pindaan (12) Undang-undang Jenayah yang menambah baik peraturan dan memperincikan definisi mengenai jenayah menyuap dan kegiatan rasuah individu dalam perusahaan swasta.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ?2022 People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang