- Lain-lain
Laluan Penerbangan Langsung Beijing-Hotan Dibuka
Pesawat CA9661 kendalian syarikat penerbangan Air China selamat mendarat di Lapangan Terbang Kungang Hotan, wilayah Xinjiang pada Selasa, sekali gus menandakan penerbangan langsung antara Beijing dengan Hotan beroperasi secara rasmi.
Difahamkan, laluan penerbangan itu akan mengoperasikan lima penerbangan dua hala seminggu, serta akan memendekkan tempoh perjalanan dari Beijing ke Hotan kepada lima jam sahaja.
Industri pelancongan Hotan dijangka akan turut mendapat kesan limpahan secara mendadak seiring dengan pembukaan laluan penerbangan langsung tersebut.
Menurut statistik, jumlah pelancong domestik ke Hotan untuk tempoh 1 Januari hingga 20 Julai lalu merekodkan 10.89 juta orang, sekali gus menyumbang pendapatan pelancongan sebanyak RMB6.76 bilion (RM4.3 bilion) untuk ekonomi tempatan.
Untuk rekod, jumlah pelancong dan pendapatan sektor pelancongan masing-masing naik lebih 60 peratus, dan ia turut mencerminkan pasaran pelancongan berada dalam trend perkembangan pesat.
- Penanaman Lavender Rancakkan Pelancongan di Barat Laut China
- 11 Negara Bakal Sertai Festival Tarian Antarabangsa Xinjiang
- Festival Sukan Rakyat Hangatkan Suasana Padang Rumput Barkol
- Stail Lebuh Raya Duku Xinjiang Alu Pelancong
- Sambutan Aidiladha Rancakkan Pelancongan di Xinjiang
- Kashgar Gabung Budaya Pelbagai Etnik, Mudahkan Dagangan Eurasia
- Xinjiang Sambut Puncak Pengangkutan Awam
- Kontrak Hotel Mewah Bernilai Lebih 12.6B Diikat di Xinjiang
- Xinjiang, Asia Tengah, Ikat Kerjasama Pelancongan
- Musim Berpindah Bermula bagi Gembala Xinjiang