- Lain-lain
Xi Ditemui PM Georgia
Presiden China, Xi Jinping telah ditemui Perdana Menteri Georgia, Irakli Garibashvili yang akan menghadiri majlis perasmian Universiade Ke-31 dan mengadakan lawatan di bandar Chengdu pagi tadi.
Xi berkata, sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada 31 tahun lalu, China dan Georgia menyaksikan hubungan bilateral berkembang dengan sihat dan mantap, rasa saling percaya kian mengukuh dalam bidang politik, dan kerjasama dalam pelbagai bidang membuahkan hasil yang melimpah. China yang selama ini melihat Georgia sebagai kawan dan rakan baik, bertekad mengembangkan hubungan dengannya di tengah-tengah perubahan situasi antarabangsa. Kedua-dua negara akan menyiarkan perisytiharan bersama mengenai hubungan bilateral yang akan dinaiktaraf ke tahap perkongsian strategik semasa lawatan PM Georgia.
"China dan Georgia diharap berusaha bersama dalam usaha mendorong perkembangan perkongsian strategik, yang dipercayai boleh memberi faedah kepada pembangunan dan pembangkitan negara masing-masing, serta memberi tenaga positif kepada kemajuan peradaban manusia," kata beliau.