- Lain-lain
China Bela Hak HK Sertai Persidangan APEC
China menyatakan akan membela hak Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong (HKSAR) untuk menyertai persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), setelah mengutuk keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menolak memberi undangan kepada Ketua Eksekutif HKSAR, yang dilihat melanggar peraturan pertubuhan berkenaan.
Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning Jumaat.
Menurut beliau, sebagaimana diketahui umum, tuan rumah APEC bertanggungjawab memastikan kelancaran untuk kesemua anggotanya menyertai persidangan berkenaan. Sekatan haram yang bukan-bukan yang dikenakan oleh AS terhadap barisan pegawai China termasuk Ketua Eksekutif Lee Ka Chiu John sebenarnya perbuatan yang bersifat membuli yang tidak sejajar dengan norma asas antarabangsa.
China mendesak AS segera membetulkan kesalahannya, membatalkan sekatan terbabit, menunaikan kewajipan tuan rumah, memastikan kelancaran untuk semua anggota APEC termasuk Lee Ka Chiu sepanjang penglibatan dalam persidangan APEC, dan menghentikan perlakuan yang boleh menjadikan solidariti dan kerjasama dalaman pertubuhan itu terjejas.
- Pembinaan Laluan Shenzhen-Zhongshan Makin Pantas
- Xi Galak Pelajar Beri Sumbangan untuk HK yang Lebih Baik
- Urusan HK Tolak Sebarang Campur Tangan
- Kebebasan Kehakiman HK Tolak Campur Tangan AS
- Hong Kong Kekal Kedudukan Ke-4 Indeks Pusat Kewangan Sedunia
- Hong Kong Pulih Rancak, Sinaran Harapan bagi Dunia
- John Lee Ka Chiu Umumkan Laporan Pentadbiran Pertamanya