- Lain-lain
Beijing, Tianjin dan Hebei Pergiat Usaha Tangani Banjir
Kerajaan China pada Selasa memperuntukkan dana sebanyak 110 juta yuan (RM69.7 juta) untuk membantu usaha mengatasi banjir di bandar Beijing, Tianjin dan wilayah Hebei.
Difahamkan, dana itu akan digunakan untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta membantu mangsa banjir, termasuk memindahkan mereka ke tempat yang selamat dan memulihkan kediaman yang rosak.
Antara kegunaan lain adalah untuk operasi mengesan dan menghapuskan risiko yang boleh mencetuskan bencana susulan.
Sebelum ini, Kementerian Kewangan memperuntukkan subsidi sebanyak 842 juta yuan (RM533 juta) untuk menyokong usaha menangani banjir dan kemarau di 12 wilayah termasuk Hebei.
Kementerian itu turut menyeru supaya badan kewangan tempatan mengoptimumkan subsidi berkenaan, dengan menjadikan keselamatan nyawa dan harta benda penduduk sebagai keutamaan.
Sementara itu, Persatuan Palang Merah China (RCSC) turut mengerahkan tiga kumpulan kerja ke kawasan bencana di Beijing, Tianjin dan Hebei.
Persatuan itu juga menyediakan barang bantuan sebanyak 7,700 set yang merangkumi khemah, katil lipat, selimut dan kit kecemasan untuk mangsa banjir di Hebei.
Terdahulu, RCSC mengagihkan sebanyak 1,000 kit kecemasan untuk membantu penduduk Tianjin yang terkesan akibat bencana banjir.
- Xi Mahu Usaha Sedaya Upaya Selamatkan Mangsa Bencana Alam
- Banjir Besar di Vermont, Biden Isytihar Darurat
- Arahan Xi tentang Kerja Menyelamat Semasa Musim Banjir
- Bencana Banjir Melanda Sumatera Utara Indonesia
- Korban Banjir di Filipina Meningkat kepada 51
- Sekurang-kurangnya 13 Maut Bencana Hujan di Filipina
- Lapan Ribu Terjejas Akibat Hujan di Indonesia
- Thailand Dilanda Banjir Besar