99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Diabolo Lahirkan Rakyat Berbadan Sihat

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 08 Ogos 2023

Sukan Diabolo telah dibangunkan di Malaysia selama 20 tahun. Kini, 90% sekolah rendah Cina dan sekolah menengah Cina persendirian di Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (kawasan ibu kota) mempunyai latihan sukan diabolo

Malah, sukan ini berasal dari negara China, di mana ia lebih dikenali sebagai "Kongzhu". Seorang guru sekolah menengah persendirian di Kuala Lumpur telah membawa sukan ini ke sekolah-sekolah Malaysia 20 tahun lalu.?

Sukan Diabolo mempunyai sejarah yang panjang di China. Terdapat rekod tentang cara bermain dan membuat Diabolo pada zaman Dinasti Ming. Ini membuktikan bahawa sukan diabolo telah popular di kalangan rakyat sekurang-kurangnya selama 600 tahun.

Diabolo adalah sukan yang bergantung pada kebijaksanaan koordinasi anggota badan. Apabila melambung diabolo dengan kedua-dua tangan untuk melakukan pelbagai aksi, sendi bahagian atas badan seperti sendi bahu, siku dan pergelangan tangan serta sendi bahagian bawah seperti sendi pinggul, lutut dan buku lali bersama-sama tulang belakang serviks dan lumbar semuanya bergerak ke tahap yang berbeza-beza. Oleh itu, sukan ini menyumbang kepada kesihatan rakyat.

8 Ogos adalah Hari Riadah Kebangsaan di China. Mari kita bersama-sama mencuba sukan diabolo.

Video

Berita Berkaitan