99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Rel China-Laos Mudahkan Perjalanan ke Ekspo China-Asia Selatan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 17 Ogos 2023

Muhammad Fazle Rabby dari Bangladesh kagum dengan kemudahan yang diberikan Rel China-Laos, dalam perjalanannya ke Yunnan untuk menghadiri Ekspo China-Asia Selatan.

“Mudah-mudahan Rel China-Laos menjadi jambatan yang menghubungkan China dan Laos, dan Ekspo China-Asia Selatan membuahkan hasil yang lebih banyak,” katanya.

Ekspo China-Asia Selatan ke-7 berlangsung di ibu provinsi Yunnan, Kunming, dari 16 hingga 20 Ogos. Berkat perkhidmatan penumpang rentas sempadan yang dilancarkan April lalu, sebilangan besar pelawat memilih perkhidmatan kereta api sebagai pengangkutan utama ke ekspo itu.

Gambar yang diambil pada 11 Ogos menunjukkan stesen Mohan yang terletak di sempadan China-Laos. (Foto/Xinhua)

Gambar yang diambil pada 11 Ogos menunjukkan stesen Mohan yang terletak di sempadan China-Laos. (Foto/Xinhua)

Dianggarkan hampir 1,000 syarikat dari 60 negara dan wilayah hadir ke ekspo itu.

Setakat 15 Ogos, pintu sempadan Mohan yang terletak di Yunnan telah mengendalikan 246 larian tren penumpang rentas sempadan yang mengangkut 52,888 orang dari 53 negara dan wilayah.

Untuk menampung keperluan perjalanan yang meningkat bersempena ekspo itu, pelbagai langkah telah diambil untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan berkualiti tinggi.

Peranti terjemahan pintar telah diperkenalkan untuk memudahkan komunikasi para penumpang, demikian maklum Luo Hui, seorang pegawai sempadan. Ia menyediakan perkhidmatan terjemahan untuk 70 bahasa selain daripada pelbagai dialek dan bahasa etnik minoriti China.

“Kami juga memantau keadaan tren secara masa nyata, mengoptimumkan proses pelepasan kastam dan menempatkan petugas bimbingan,” tambah Luo.

Penumpang yang masuk sempadan dengan menaiki tren China-Laos berkomunikasi dengan pegawai imigresen menggunakan peranti terjemahan pintar pada 11 Ogos. (Foto/Xinhua)

Penumpang yang masuk sempadan dengan menaiki tren China-Laos berkomunikasi dengan pegawai imigresen menggunakan peranti terjemahan pintar pada 11 Ogos. (Foto/Xinhua)

Timbalan Menteri Perdagangan China, Li Fei dalam satu sidang media berkata bahawa, apabila Ekspo China-Asia Selatan pertama diadakan pada 2013, jumlah nilai perdagangan tahunan antara China dengan negara-negara Asia Selatan tidak melebihi 100 bilion dolar AS, namun meningkat ke 200 bilion dolar AS pada tahun lepas, iaitu secara puratanya naik 8.3% tahun ke tahun.

Pada masa ini, ekspo ini telah menjadi satu platform penting untuk kerjasama antara China dan negara-negara Asia Selatan dalam sektor ekonomi dan perdagangan.

Video

Berita Berkaitan