- Lain-lain
UNESCO Beri Anugerah Sumbangan Cemerlang kepada Akademi Dunhuang, Fan Jinshi
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) menganugerahkan Anugerah Sumbangan Cemerlang kepada Akademi Dunhuang, dan ahli arkeologi Fan Jinshi semasa berlangsungnya Forum Warisan Budaya Tidak Ketara bagi Mempromosikan Pembangunan Lestari, di bandar Dunhuang, pada Khamis.
Anugerah tersebut turut diberikan kepada presiden kehormat akademi itu Chang Shuhong, dan bekas presiden akademi itu Duan Wenjie.
Menurut wakil dari UNESCO, penganugerahan tersebut yang diberikan sempena sambutan ulang tahun ke-50 kelulusan Konvensyen Perlindungan Warisan Budaya dan Semula Jadi Dunia adalah untuk menghargai sumbangan akademi dan individu tersebut dalam melindungi Groto Mogao yang terdapat di provinsi Gansu, barat laut China.
Untuk rekod, terdapat 45,000 meter persegi mural dan lebih 2,000 arca berwarna di Groto Mogao. Ia merupakan salah satu penghabluran kepelbagaian budaya Jalan Sutera dan disenaraikan sebagai Warisan Dunia pada 1987.
"Pencapaian perlindungan Groto Mogao tidak boleh dipisahkan daripada sokongan kuat negara, pemeliharaan dan bantuan institusi akademik, pakar serta sarjana dari dalam dan luar negara, selain usaha berterusan beberapa generasi selama hampir lapan puluh tahun."
"Kita mesti bekerja keras untuk melindungi Groto Mogao, di samping mencari keseimbangan antara perlindungan, penyelidikan dan promosi Groto Mogao." kata Fan Jinshi.
Difahamkan, kini terdapat hampir 17,000 peninggalan budaya dan tapak bersejarah di provinsi Gansu, termasuk tujuh tapak warisan budaya dunia.
Pada tahun lepas, UNESCO, Bank Dunia dan kerajaan provinsi Gansu menandatangani perjanjian untuk menggunakan sumber budaya serta kreatif Gansu untuk mempromosikan perlindungan warisan budaya dan pembangunan inovatif setempat.
- Terbinanya Sebuah Warisan di Rumah Yang Selesa
- Jurugambar Kekalkan Warisan Budaya melalui Lensa
- Gadis Etnik Miao Guna Perhiasan Perak, Buat "Langit Bintang"
- Kain Ikat Celup Etnik Bai Papar Keindahan Yunnan
- Pemodenan Hidupkan Semula Lukisan Ukir Kayu
- Yang Yuni: Dorong Budaya Tani Etnik Hani ke Pentas Dunia
- Anggota CPPCC: Hidupkan Tinggalan Budaya
- Wakil NPC: Semarakkan Seni Sulaman, Pacu Pembangunan Desa
- Animasi Paparkan Pesona Warisan Budaya Tidak Ketara China kepada Dunia
- Alat Muzik Tradisional Medium Jana Pembangunan Desa