99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pasaran Teh Gaya Baharu China Dijangka Melebihi RMB200B pada 2025

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 26 September 2023

Nilai pasaran minuman teh gaya baharu China berkemungkinan melebihi 200 bilion yuan (anggaran 128.33 bilion ringgit) pada tahun 2025, sepertimana yang ditunjukkan dalam sebuah laporan industri.

Menurut laporan yang diterbitkan Persatuan Francais dan Kedai Rantaian China dengan kerjasama platform e-dagang Meituan, nilai pasaran tersebut dijangka mencecah 149.8 bilion yuan (anggaran 96.12 bilion ringgit) tahun ini.

Minuman teh gaya baharu seperti teh bru sejuk, latte teh, teh buah dan teh keju, yang pengguna sasarannya golongan muda, biasanya dibuat menggunakan ramuan segar dan resipi yang inovatif dengan bantuan teknologi.

Laporan berkenaan turut menekankan perkembangan pasaran yang berlaku dengan pesat, selain menyebut adanya kira-kira 515,000 kedai teh gaya baharu di China setakat hujung Ogos lalu. Jika dibandingkan dengan akhir tahun 2020, bilangan kedai seumpama telah meningkat lebih 36 peratus.

Berdasarkan data yang diperoleh daripada beberapa platform dalam talian termasuk Meituan dan Dianping, pada Jun tahun ini, kedai teh gaya baharu mewakili sekitar 57.7 peratus daripada semua kedai minuman yang beroperasi di China.

Video

Berita Berkaitan