- Lain-lain
Wang Huning Ditemui Yang Dipertua Dewan Rakyat Malaysia
Pengerusi Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Wang Huning telah ditemui Yang Dipertua Dewan Rakyat Malaysia Tan Sri Johari Abdul di Beijing semalam.
Wang berkata, persahabatan tradisional China-Malaysia kekal abadi. Kata sepakat yang penting untuk membentuk komuniti berkongsi nasib China-Malaysia telah dicapai Presiden China, Xi Jinping dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurut Wang, CPPCC bersedia bersama-sama pelbagai badan dari pelbagai lapisan masyarakat Malaysia termasuk Parlimen Malaysia untuk meningkatkan pertukaran dan mendorong pembinaan komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara.
Tan Sri Johari Abdul pula berkata, Malaysia mengambil berat terhadap hubungan dengan China. Tahun depan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China. Pihaknya bersedia bersama-sama China untuk mengintensifkan kerjasama ekonomi dan kebudayaan, sekali gus terus memperkasa Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada China yang menghidangkan upacara perasmian Sukan Asia yang menarik. Pihaknya bersedia terus mengembangkan interaksi persahabatan dengan CPPCC di samping membantu masyarakat kedua-dua negara meningkatkan persefahaman serta memupuk persahabatan.
- Budaya Malaysia Serlah Daya Tarikan di China
- China, Malaysia Ikrar Perkukuh Kerjasama Pelbagai Bidang
- China, Malaysia Ikrar Perkukuh Kerjasama Pelbagai Bidang
- Menteri Luar China, Malaysia Temu di Pulau Pinang
- Wang Yi Mulakan Lawatan ke Tiga Negara Asia Tenggara Hari Ini
- China, Malaysia Kukuhkan Hubungan Bilateral
- Tak Perlu Menjadi Seperti China, Tapi Boleh Belajar Sesuatu
- Zhao Leji Lakukan Lawatan Muhibah ke Malaysia
- China, Malaysia Berusaha Tingkatkan Kerjasama Pelancongan dan Sosiobudaya
- Hubungan Malaysia-China di Tahap Terbaik