- Lain-lain
Buka Lembaran Baharu dalam Pembangunan Modenisasi Ala China di Zhejiang
Presiden China, Xi Jinping memberi arahan kepada provinsi Zhejiang baru-baru ini bahawa perlu melaksanakan konsep pembangunan baharu dengan sepenuhnya, menumpu kepada pembangunan yang berkualiti tinggi, berusaha berkembang menjadi projek pilot yang berorientasikan kemakmuran bersama dan cermin utama yang menggambarkan keunggulan sistem sosialis bercirikan China pada era baharu, bertindak pantas dalam melaksanakan rancangan yang sudah ditetapkan supaya dapat meneladani provinsi-provinsi lain dan membuka lembaran baharu dalam pembangunan modenisasi ala China yang berunsurkan Zhejiang.
Untuk rekod, Xi pernah mengadakan tinjauan di Jinhuan dan Shaoxing, provinsi Zhejiang serta mendengar laporan kerja kerajaan provinsi Zhejiang di Hangzhou pada 20 dan 21 September. Dalam perjalanan balik ke Beijing, beliau memilih singgah di bandar Zaozhuang, provinsi Shandong pada petang Ahad lalu untuk meninjau tanaman dan tuaian buah delima.
- Salah Pandang Pembangunan China, Bagai Katak di Bawah Tempurung: Presiden Timor-Leste
- Konsep Pembangunan Berkualiti China di Mata Tokoh Asing
- Xi: Pacu Pembangunan Berkualiti Sektor Swasta
- China Tegas Pertahankan Pembangunan Damai: Wang Yi
- Bill Gates: Kebangkitan China Kemenangan Besar Dunia
- Rakyat China Jiwai Konsep ‘Xiaokang’
- Kebangkitan China bukan Alasan Pulaukan China: Scholz
- Pembangunan China Bukan Ancaman atau Cabaran